research

Mahathir dan berakhirnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan

Abstract

Kajian ini melihat penglibatan Malaysia dalam usaha menghapuskan dasar aparteid di Afrika Selatan yang tidak berapa diberi perhatian oleh dunia dan khususnya anggota negara Komanwel. Nama Malaysia tidak begitu menyerlah hanya usaha Tunku Abdul Rahman yang berjaya membuatkan negara Afrika Selatan keluar dari Komanwel. Ini tidak memberi impak kepada negara Afrika Selatan kerana dengan keluar dari Komanwel tidak dapat menahan dasar aparteid dari terus dilaksanakan. Ini berterusan walaupun terdapat banyak negara yang mengutuk dasar aparteid di Afrika Selatan. Kemuncak dari desakan untuk menghapus dasar aparteid ini apabila munculnya Dr. Mahathir di persidangan Komanwel Nassau, Bahamas pada tahun 1985. Kemunculan Dr. Mahathir telah menambah tekanan kepada pihak Afrika Selatan dan Britain. Artikel ini melihat pengaruh Dr. Mahathir terserlah apabila Malaysia menjadi hos persidangan Komanwel pada tahun 1989 dan memberi peluang kepada Dr. Mahathir meneruskan agenda pada tahun 1985 dengan memberi penekanan lebih kepada keengganan Britain untuk bersama Komanwel mengenakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan. Thatcher yang tertekan telah membuat bantahan dengan mengadakan sidang akhbar selepas Kenyataan Kuala Lumpur diumumkan. Walau bagaimanapun usaha Thatcher gagal untuk mempengaruhi Komanwel dan Dr. Mahathir terus mendesak supaya dasar aparteid benarbenar dihapuskan. Ramai sarjana yang tidak melihat kejayaan menghapus aparteid di Afrika Selatan sebagai satu kejayaan Malaysia dan khususnya Dr. Mahathir. Penulisan ini melihat peranan Dr. Mahathir sebagai salah seorang juara dalam memperjuangkan hak asasi manusia dalam menghapus dasar aparteid di Afrika Selatan dan membebaskan pemikiran dari belenggu penjajah dengan tidak mengikut telunjuk bekas penjajah iaitu Britain

    Similar works