research

Kewartawanan warga di Malaysia: satu kajian dari sudut pandangan wartawan warga

Abstract

Konsep siapa sahaja boleh menjadi wartawan telah menjadi satu ‘trend’ semenjak kemajuan teknologi dan pencapaian Intenet mudah yang melanda negara ini. Sesiapa sahaja yang mempunyai gajet-gajet moden termasuk telefon pintar dan capaian Internet boleh memuatkan apa sahaja yang mereka dengar dan lihat, dan menggelar diri mereka sebagai wartawan warga! Adakah konsep ini benar dalam menggambarkan siapa itu wartawan warga di Malaysia? Apa itu wartawan warga? Siapa itu wartawan warga dan mengapa mereka wujud di negara ini? Kajian ini akan mengupas persoalan industri kewartawanan warga dari sudut pandangan wartawan warga di negara ini

    Similar works