research

Kesediaan Menempuh Alam Keibubapaan di Kalangan Pasangan Muda Islam Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan

Abstract

Pasangan muda Islam hari ini merupakan ibu bapa yang akan berperanan mendidik dan membentuk generasi remaja akan datang. Gejala sosial di kalangan remaja Muslim kini amat membimbangkan, dan ban yak pihak mengaitkannya dengan kegagalan institusi keluarga khususnya ibu bapa tidak memainkan peranan dengan sebaiknya. Membaiki fungsi institusi kekeluargaan dalam masyarakat merupakan langkah pencegahan paling berkesan. Oleh kerana kesediaan memikul tanggungjawab keibubapaan merupakan langkah awal kepada perlaksanaan tugas keibubapaan, maka usaha mengenalpasti tahap kesediaan di kalangan pasangan muda perlu dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kesediaan keibubapaan pasangan muda Islam menempuh alam keibubapaan dari perspektif Islam. Untuk itu, kajian ini melihat kesediaan keibubapaan di kalangan 180 orang responden yang terpilih (90 pasangan suami isteri) di Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan maklumat tentang peratusan, purata dan sisihan piawai. Ujian-t, Ujian Anova dan Ujian Korelasi juga digunakan dalam kajian ini untuk melihat perkaitan dan perbezaan.Hasil dari kajian ini mendapati 1) tahap kesediaan keibubapaan responden adalah tinggi; 2) tahap pengetahuan responden mengenai ilmu-ilmu kekeluargaan dan keibubapaan juga berada di tahap yang tinggi; 3) hampir kesemua responden bersikap positif terhadap peranan keibubapaan; 4) hampir kesemua elemen-elemen pengetahuan keibubapaan mempunyai perkaitan dengan elemen-elemen sikap terhadap peranan keibubapaan; 5) faktor-faktor demografi seperti jantina, tempat tingga/ dan pendidikan agama tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan kesediaan keibubapaan; manakala faktor pendidikan akademik dan pekerjaan didapati mempunyai perbezaan yang bermakna; dan 6) faktor pendapatan, tahap pengetahuan dan sikap didapati mempunyai perkaitan yang bermakna dengan kesediaan keibubapaan; manakala faktor umur didapati sebaliknya

    Similar works