research

Hubungan Antara Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Wanita dengan Iklim Sekolah

Abstract

Sejumlah 218 orang guru dari lima buah sekolah menengah dalam daerah Alor Gajah, telah dipilih sebagai sampel kajian. Mereka telah diberi satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu (1) Bahagian A, Latar Belakang Guru, (2) Bahagian B, The Principal Instructional Management Rating Scale' (PIMRS), untuk mengukur persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan pengajaran, dan (3) Bahagian C, The CFK School Climate Profile' (CFKSCP), untuk mengukur persepsi guru terhadap jenis iklim sekolah. Keboleh percayaan soal selidik kajian telah dianalisis menggunakan model Alpha Cronbach. Nilai alpha bagi soal selidik PIMRS ialah 0.97, manakala soal selidik CFKSCP ialah 0.94. Hasil kajian mendapati , tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap amalan kepemimpinan pengajaran berdasarkan faktor demografi guru kecuali gender (t = 2.11, P < .05). Guru lelaki (min = 2.92) telah mempersepsi amalan kepemimpinan pengajaran pengetua wanita lebih positif berbanding guru wanita (min = 2.78). Secara keseluruhannya persepsi guru-guru terhadap amalan kepemimpinan pengajaran pengetua wanita berada dalam kategori "Kerap" (min = 2.83). Peratus guru yang memilih skala " Kerap" (71.1%) dalam mempersepsi amalan kepemimpinan pengajaran pengetua wanita, paling tinggi berbanding skala-skala lain, iaitu "Tidak Pernah" (0.0%), "Jarang-Jarang" (22.9%) , dan "Sangat Kerap" (6.0%). Hasil kajian ini juga mendapati 69.7% guru telah mempersepsi iklim sekolah sebagai "Sederhana Terbuka" .Wujud perbezaan persepsi yang signifikan terhadap iklim sekolah berdasarkan faktor demografi , iaitu kategori (t=2.01, p <.05) dan pengalaman (F = 3.12, P <.05). Guru siswazah (min = 3.19) dan guru yang berpengalaman 16 - 20 tahun (min = 3.45) telah mempersepsi iklim sekolah lebih positif berbanding guru-guru lain. Selain itu kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan positif dan rendah yang signifikan di antara kekerapan amalan kepemimpinan pengajaran dengan iklim sekolah (r = 0.35, P <.05). Secara lebih terperinci , setiap dimensi kepemimpinan pengaj aran, iaitu Dimensi Penta krifan Matlamat Sekolah (r = 0.27), Dimensi Pengurusan Program- Program Pengajaran (r = 0.38, P < .05), dan Dimensi Pemupu kan Iklim Pengajaran dan Pembelajaran (r = 0.36, P < .05), juga menunjukkan hubungan positif dan rendah dengan iklim sekolah

    Similar works