research

Pencirian Ultrasonik Bag) Batang Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis Jacq.)

Abstract

Ciri-ciri ultrasonik terhadap batang pokok kelapa sawit telah dikaji dengan menggunakan pelbagai parameter fizikal seperti kandungan kelengasan, ketumpatan dan arah butiran. Tiga arah anisotropik, iaitu arah membujur (L), jejarian (R) dan tangen (T) terhadap susunan serabut dan berkas vaskular telah dipertimbangkan untuk pengukuran ciri-ciri tersebut. Sifat-sifat ini telah ditentukan dengan menggunakan penguji komersial ultrasonik pada 45 kHz. Halaju ultrasonik dan pemalar kekenyalan berbeza mengikut susunan membujur > tangen > jejarian (L>T>R). Sebarang lencongan daripada paksi membujur mengurangkan halaju ultrasonik dan pemalar kekenyalan pada semua kandungan kelengasan. Corak pengurangan halaju dan pemalar kekenyalan pada arah L, R dan T adalah berbeza berbanding pada arah LR, LT dan RT. Kaedah ultrasonik berupaya mengesan pereputan pada pokok kelapa sawit hidup ia berdasarkan kepada surihan gelombang ultrasonik dan transduser penghantar kepada transduser penenma di sekeliling batang pokok Sistem kemudian diuji melalui perbandingan tomogram dengan memotong keratan rentas batang pokok pada satah yang sama selepas pengukuran pereputan mengurangkan halaju ultrasonik dan meninggikan masa transit sehingga tidak boleh dikesan oleh isyarat alat ultrasonik BPV Kaedah ini juga berupaya mengesan kecacatan pada kayu kelapa sawit halaju ultrasonik, pemalar kekenyalan, ketumpatan dan kandungan kelengasan kayu sawit reput sentiasa lebih rendah berbanding kayu sawit sihat Anatomi asas seperti taburan berkas vaskular dan susunan serabut pada kawasan zon periferal dan zon tengah sangat mempengaruhi ciri-ciri ultrasonik seperti halaju dan pemalar kekenyala

    Similar works