Lipase (Triasilgli serolester hidrolas e,E.C.3.1.1.3) dari
Candida cylindracea di sekat gerak secara penjerapan pada penyokong
polimer. Polimer ini di sintesis secara pempolimeran ampaian dua
monomer, 2-hidroksietil metakrilat (HEMA) dan metil meta krilat
(MMA)pada komposisi yang berbeza l:2, 1:1, 2:1, mol/mol).
Etilena glikol dimetakrilat (EGDMA)dan divinil benzena (DVD) pada
peratusan yang berbeza (w/w)digunakan sebagai agen rangkai silang.
Kesan kandungan awal air dan saiz zarah-zarah polimer (180,
180-350, 350-500pm)terhadap keberkesanan proses sekatgerak dikaji
berdasarkan kepada tindak balas hidrolisis dan pengesteran.
Poli (HEMA-ko-MMA)pada saiz 180-350pm menunjukkan aktiviti paling
tinggi bagi kedua-dua aktiviti hidrolisis dan pengesteran