Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan persepsl guru-guru
terhadap peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada semua guru iaitu
Pengetua/Guru Besar, Guru-guru kanan dan guru-guru mata pelajaran yang telah
melalui Pemeriksaan Penuh di Negeri Selangor. Seramai 219 daripada 252 guru
yang terlibat sebagai responden kajian ini telah memulangkan soal selidik dengan
lengkap. Data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif peratus
min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan 83.2% daripada 2 1 9 responden mengetahui
peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah. Persepsi guru terhadap peranan
kenaziran pula menunjukkan tahap setuju dengan nilai min 4. 1 0. Guru juga
mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keberkesanan peranan kenaziran
dengan nilai min melebihi 3 .4.
Kajian Inl pada keseluruhannya membuat kesimpulan bahawa
kebanyakkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi, mempunyai sikap setuj u
dan berpuashati terhadap peranan kenaziran Jemaah Nazir Sekolah.
Bagaimanapun terdapat beberapa cadangan guru yang patut diambil kira oleh
Jemaah Nazir Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan ke sekolah-sekolah.
Pendekatan semasa menjalankan tugas pemeriksaan perlu diubah agar dapat
menangani cabaran-cabaran terbaru dalam pendidikan