research

Keperluan Latihan bagi Staf di Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Muzium-Muzium Negeri Terpilih di Malaysia

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan latihan bagi staf di Jabatan Muzium Dan Antikuiti dan muzium-muzium negeri terpilih di Malaysia. Objektif khusus kajian ini ialah untuk mengenalpasti bidang latihan yang diperlukan bagi empat kategori jawatan iaitu Kurator, Penolong Kurator, Pembantu Muzium dan Pembantu Am Rendah. Di samping itu ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap kemahiran terhadap bidang tugas utama serta mengenalpasti sumber yang ada dan sumber yang diperlukan untuk latihan bagi staf muzium di masa hadapan.Seramai 268 responden telah dijadikan sampel dalam kajian ini dan seramai 109 responden yang terdiri daripada 18 orang Kurator dan Penolong Kurator, 41 orang Pembantu Muzium dan 50 orang Pembantu Am Rendah telah memulangkan borang 5081 selidik. Data dianalisis dengan menggunakan program "Statistical Package For The Social Sciences 1& (SPSS) dan dibentangkan dalam bentuk kekerapan, min dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan Kurator, Penolong Kurator, Pembantu Muzium dan Pembantu Am Rendah mempunyai tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang sederhana terhadap bidang tugas utama mereka. Dengan demikian, latihan-latihan berkaitan telah dikenalpasti untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka

    Similar works