SERDANG, 22 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan laman web berinformasi kesihatan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya kanser yang boleh dicegah dari awal melalui cara hidup dan pemakanan yang sihat.
Laman web yang dilancarkan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Dr. Azhar Md Zain, mempunyai lima aplikasi utama yang memainkan peranan penting untuk dijadikan garis panduan pembaca bagi membanteras kanser dan penyakit kronik lain seperti penyakit jantung, diabetis melitus serta darah tinggi