research

Pengurusan reputasi jenama: Pengaruh pengalaman jenama pengguna terhadap pengurusan reputasi universiti

Abstract

Pengurusan reputasi jenama universiti amat penting bagi menarik lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar yang cemerlang untuk memasuki sesebuah universiti.Di samping itu, tahap persaingan yang sengit telah memaksa universiti berusaha meningkatkan reputasi universiti masing-masing dengan pelbagai strategi.Namun, walaupun pelbagai model pengurusan reputasi jenama diketengahkan namun masih terdapat jurang yang perlu diisi. Sebagai tambahan kepada model sedia ada, maka pengalaman jenama pengguna telah ditambah bagi melihat hubungannya dengan pengurusan reputasi jenama.Hasil daripada kajian terhadap 380 orang pelajar daripada dua (2) buah universiti di Utara Semenanjung Malaysia mendapati terdapat hubungan signifikan antara pengalaman jenama pengguna dan pengurusan reputasi jenama.Hasil kajian ini juga telah membuka mata pihak universiti agar tidak hanya menekankan kepada aspek pengajaran semata-mata sebaliknya pengalaman pelajar dalam aspek lain tidak harus diabaikan

    Similar works