Perantau yang diterima: Diaspora Aceh ke Kedah dari aspek historikal

Abstract

Pengkajian mengenai hubungan historikal Kedah-Aceh menjelaskan mengenai sesuatu komuniti itu muncul dan berkembang menurut perspektif masing-masing.Migrasi atau perantau dari Aceh sudah lama muncul dan menetap di negeri Kedah Darul Aman. Komuniti Aceh terutama di Yan, Kedah adalah paling lengkap dari segi jati diri dan identiti akar budaya asal serta memberi sumbangan dalam politik, ekonomi dan sosial termasuklah pelbagai aspek kehidupan.Terdapat dua gelombang penghijrahan iaitu sebelum kedatangan penjajah dan selepas kedatangannya terutama dari Belanda yang membawa kepada penghijrahan secara besar-besaran ke sini.Sultan Kedah sendiri tidak menyekat kehadiran perantau Aceh ke Kedah malah menggalakkan mereka untuk bersama-sama mengembangkan syiar Islam dan pembangunan negeri.Agama menjadi pemangkin semangat patriotik dan solidariti yang tinggi untuk mengusir golongan penjajah barat selanjutnya telah berjaya memperkukuhkan ikatan perhubungan dua negeri yang sedia ada.Hidup bersama tanpa prejudis dan berkongsi suka duka membawa kesejahteraan walapun latarbelakang yang berbeza namun darah Melayu menguatkan hubungan perpaduan yang sedia terjalin.Impaknya migrasi Aceh berjaya merubah kehidupan mereka dari yang susah kepada kesenangan apabila tinggal dan menetap di negara yang makmur dan aman seperti Kedah.Kedah bumi bertuah menjadi syurga kepada sebilangan besar migrasi dari Indonesia amnya dan Aceh khasnya dari dahulu hingga kini.Hasilnya mereka dapat memiliki kekayaan dan kesejahteraan hidup dalam aspek sosio ekonomi dan politik tanpa had

    Similar works