research

Etika kerja Islam sebagai penyederhana dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan pentadbir universiti awam

Abstract

Cabaran utama kepada institusi pengajian tinggi ialah memastikan program akademik yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran serta peka kepada perubahan yang sentiasa berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi masa kini.Sektor pendidikan tinggi mestilah berfungsi sebagai sebuah institusi yang cekap.Tidak diragui lagi bahawa cabaran serta perkembangan semasa memerlukan staf yang memiliki kualiti kepimpinan supaya hasrat organisasi tercapai.Kajian terdahulu menunjukkan kecekapan kepimpinan dipengaruhi oleh pelbagai faktor misalnya kecerdasan emosi.Selain dari itu, tingkah laku beretika juga merupakan salah satu isu utama dalam persoalan kepimpinan masa kini.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan apabila etika kerja Islam diamalkan di kalangan pegawai pentadbiran di IPTA di Malaysia. Responden kajian terdiri dari pentadbir yang bertugas di universiti awam. Menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian rentas, sampel kajian akan dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran. Beberapa hipotesis yang telah dibina akan diuji menggunakan analisa regresi berganda dan regresi hirarki.Dapatan kajian dijangka bermanfaat dari aspek praktikal dan aspek teoretikal.Kefahaman kepada dapatan kajian membolehkan IPTA membuat penambahbaikan kepada program pembangunan kepimpinan sedia ada supaya ianya lebih berkesan lagi

    Similar works