Memahami kosmologi Tamadun Melayu: Iktibar kepada proses transformasi sosio-ekonomi bangsa

Abstract

Budaya pemikiran adalah selari dengan pegangan agama, bahasa, pandangan kosmologi, sosio-budaya, adat resam sesebuah bangsa.Pelbagai istilah atau symbol tidak wujud sebagai suatu entiti yang tersendiri, tetapi turut berhubungkait dengan sesuatu atau beberapa makna yang didokongnya.Gagasan yang terhasil melalui tafsiran, tradisi lisan dan tulisan, dan penghayatan ini bukan sahaja memanifestasikan kosmologikal dalam masyarakat dan budaya, malahan ia turut memainkan peranan yang siginifikan dalam kedinamikan tamadun Melayu.Namun, perbincangan kosmologi dalam artikel ini hanya akan memfokuskan kepada isu-isu intrinsic melibatkan hubungan antara Tuhan dan alamsemesta dalam masyarakat Tamadun Melayu.Memandangkan Tamadun Melayu yang gemilang adalah sebahagian daripada induk Tamadun Islam, maka Islam adalah teras kepada perbincangan ini.Adalah diharapkan hasil perbincangan ini dapat membantu menterjemahkan proses transformasi pembangunan masyarakat dan Negara berasaskan acuan sendiri sepertimana yang terkandung dalam gagasan wawasan 2020

    Similar works