Beberapa aspek penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial NGO Islam di negeri Kedah dan Perlis dalam keusahawanan sosial

Abstract

Akhir-akhir ini keusahawanan sosial dilihat sebagai satu komponen penting dalam pembangunan negara. Bagaimanapun tidak ramai penduduk yang berminat melibatkan diri dalam keusahawanan sosial ini.Makalah ini memaparkan sebahagian daripada hasil penyelidikan yang dilakukan ke atas penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial pertubuhan sukarela Islam dalam keusahawanan sosial di negeri Kedah dan Perlis, Malaysia yang dilakukan pada akhir tahun 2011.Makalah ini secara khususnya, bertujuan untuk menganalisis beberapa aspek penyertaan pekerja perkhidmatan sosial pertubuhan sukarela Islam dalam keusahawanan sosial. Untuk mencapai tujuan ini seramai 76 orang pekerja pertubuhan sukarela Islam telah dipilih secara bertujuan daripada pelbagai pertubuhan sukarela Islam yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis, sebagai responden kajian.Data dikumpulkan melalui temu bual bersemuka di pertubuhan sukarela Islam yang telah dikenalpasti. Hasil kajian menunjukkan pekerja pertubuhan sukarela Islam ini terlibat dalam 14 buah pertubuhan sukarela Islam yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis, yang sebahagian besarnya secara sambilan. Kebanyakan responden yang ditemui menyertai pertubuhan sukarela ini di antara tahun 2001 - 2010, malah ada yang telah melibatkan diri sejak tahun 1980-an dahulu lagi

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image

    Available Versions