research

Faktor jurulatih mempengaruhi keberkesanan latihan: Satu kajian empirikal di Jabatan Meteorologi Malaysia

Abstract

Pembangunan sumber manusia terutamanya latihan banyak menghuraikan tentang betapa pentingnya latihan di dalam sesebuah organisai.Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan latihan perlu dititikberatkan agar tidak berlakunya pembaziran.Sehubungan dengan itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengukur perkaitan di antara keberkesanan latihan dan faktor yang mempengaruhinya iaitu faktor jurulatih dengan menggunakan 105 borang soalselidik yang diisi dengan lengkap oleh kakitangan di Jabatan Meteorologi Malaysia.Dapatan analisa regresi digunakan untuk mengkaji kekuatan hubungan antara pembolehubah bebas iaitu faktor jurulatih dengan pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan latihan. Secara amnya, dapatan kajian ini mengesahkan bahawa faktor jurulatih amat mempengaruhi keberkesanan latihan.Selanjutnya, implikasi dan perbincangan kajian turut dihuraikan dalam kertas kajian ini

    Similar works