Penyelenggaraan bangunan adalah satu proses
pemuliharaan dan penjagaan struktur bangunan
dan komponen.Penyelenggaraan juga boleh
didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan bagi tujuan memulihara, mengawal
selia bangunan, kemudahan serta persekitarannya bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan supaya ianya selamat untuk digunakan.Penyelenggaraan bangunan sekolah merupakan suatu aspek yang perlu diberi perhatian serius kerana ianya penting bagi mengekalkan fungsi asal bangunan tersebut di
samping menyediakan persekitaran yang kondusif
bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan-amalan pengurusan penyelenggaraan yang dilakukan di kawasan sekolah serta permasalahan yanga sering dihadapi.Masalah-masalah yang dihadapi ini bakal memberi kesan terhadap prestasi sesebuah sekolah itu. Diharapkan, hasil daripada kajian ini bakal menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi di samping perbincangan mengenai
cadangan-cadangan untuk memulihara dan
melindungi aset tersebut