Keberkesanan modul eksplorasi remaja terhadap pelajar kursus kokurikulum di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman pelajar(UUM) yang mengikuti modul Eksplorasi Remaja terbitan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN).Tahap kefahaman pelajar diukur berdasarkan keputusan daripada pra-ujian(pre-test)dan post-ujian (post-test).Seramai 289 pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum menggunakan modul Eksplorasi Remaja telah dipilih sebagai responden.Keputusan analisis ujian paired sample test bagi menentukan perbezaan tahap pengetahuan sebelum dan selepas mengikuti modul Eksplorasi Remaja menunjukkan tahap pemahaman pelajar secara keseluruhan meningkat berbanding tahap pengetahuan sedia ada mereka.Pengetahuan sedia ada responden berada pada tahap rendah dan sederhana.Tahap kefahaman adalah rendah bagi topik tentang orientasi seksual dan abstinen serta perkara perkara lain berkaitan perhubungan seks. Pengetahuan mereka tentang HIV/AIDS pula adalah sederhana

    Similar works