Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web berasaskan
pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi kursus DFC20113
Programming Fundamentals yang diberi nama laman web SolveMe. Objektif kajian
ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan laman web, menilai
kebolehfungsian dari aspek isi kandungan, interaksi dan persembahan serta
kebolehgunaan dari aspek pencapaian dan Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri
(KPTK) pelajar. Kajian ini merupakan kajian pembangunan produk dengan
menggunakan model ADDIE sebagai panduan. Kajian ini menggunakan reka bentuk
Pra-eksperimen jenis Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan. Sampel kajian terdiri
daripada empat puluh lapan (48) orang pelajar dari program Diploma Teknologi
Maklumat yang mengambil kursus DFC20113 Programming Fundamentals di
Politeknik. Data dikumpul melalui instrumen borang soal selidik dan set ujian prapasca.
Hasil
dapatan
kajian
bagi
kebolehfungsian
laman
web
adalah
berada
pada
tahap
tinggi
menerusi
nilai
min
keseluruhan
yang
diperolehi
iaitu
3.90.
Analisis
ujian-T
pula
menunjukkan
bahawa
terdapat
perbezaan
yang
signifikan
diantara
ujian
pra
dan
pasca
terhadap
tahap KPTK (p =0.009 <0.05) dan pencapaian (p=0.000<0.05). Oleh itu,
dapat dirumuskan bahawa kaedah PBM dapat meningkatkan tahap KPTK dan
pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini ialah dimana laman web SolveMe yang
dibangunkan dapat memberi ruang dan peluang kepada pensyarah untuk
mempelbagaikan bahan bantu mengajar dengan penggunaan medium dalam talian
seperti laman web. Pengintegrasian pembelajaran dengan teknologi juga dapat
menarik minat pelajar untuk belajar kerana dapatan kajian menunjukkan para pelajar
berminat dan suka belajar menggunakan medium yang berasaskan teknologi mudah
alih atau dalam talian