research

Kesan terapi ruqyah dalam merawat pesakit hiv/aids

Abstract

Terapi ruqyah adalah satu pendekatan bagi merawat pesakit HIV/AIDS di Malaysia selain rawatan moden yang didapati kurang berjaya menyembuhkan HIV/AIDS serta jauh dari nilai kerohanian. Terapi ruqyah pernah dilakukan dalam merawat kerasukan jin, mahkluk halus, gangguan emosi, ketagihan dadah dan kanser. Pendekatan ruqyah terbukti berkesan menyembuhkan penyakit penyakit tersebut. Justeru objektif kajian ini ialah untuk mengkaji kesan terapi ruqyah terhadap golongan HIV/AIDS di Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM). PRIM dipilih sebagai lokasi kajian kerana IA menawarkan rawatan terapi ruqyah kepada pesakit HIV/AIDS. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Metode pengumpulan data yang digunakan ialah instrument temubual, analisa dokumen dan pemerhatian. Paparan data adalah berbentuk diskriptif. Hasil kajian menjelaskan bahawa pendekatan terapi ruqyah memberi kesan kepada kesembuhan penyakit seperti kelumpuhan, parkinson (sendi), peningkatan CD4 pesakit HIV/AIDS, menghasilkan ketenangan jiwa dan membentuk menjadi Muslim yang baik. Kajian ini membuktikan bahawa terapi ruqyah relevan untuk diamalkan dan menjadi rawatan alternatif untuk merawat pesakit HIV/AIDS dalam lingkungan syariat berasaskan al Quran dan al Sunnah

    Similar works