research

Kesedaran awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi: kes Taman Wetland, Putrajaya

Abstract

Ekoran dari kesedaran tentang impak positif kepada kualiti hidup manusia daripada pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi, beberapa kawasan telah dibangunkan sebagai tapak pemeliharaan dan pemuliharaan bagi meningkatkan biodiversiti dan integriti ekosistem flora dan fauna. Namun begitu, aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan lazimnya kurang mendapat perhatian, kerjasama dan komitmen awam dan swasta kerana ianya tidak memberikan imbuhan dan keuntungan material secara langsung dan berlipat ganda. Kajian ini mentaksir kesedaran awam terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi Taman Wetland Putrajaya, sebuah tasik buatan manusia pertama dan terbesar di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif melalui 30 borang soal selidik dan dua temubual mendalam informan utama. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa masih ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar Taman Wetland kepada pembangunan Putrajaya. Justeru, terdapat beberapa advokasi penambahbaikan infrastruktur, pengurusan dan penglibatan komuniti setempat supaya tanggungjawab ini tidak terserah selamanya kepada institusi kerajaan semata-mata

    Similar works