research

Penilaian kepada koperasi sekolah dalam membentuk gaya kepimpinan pelajar

Abstract

Koperasi sekolah adalah koperasi yang ditubuhkan di lingkungan sekolah yang anggota terdiri daripada pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah. Pengurusan dan pengelolaan koperasi sekolah dilakukan oleh para pelajar di bawah bimbingan pengetua sekolah dan guru-guru berdasarkan Undang-undang Kecil Koperasi. Kawal selia terhadap koperasi sekolah dilaksanakan bersama Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Peranan koperasi sekolah dan anggota diiktiraf untuk meraih anugerah koperasi atau pemimpin koperasi terbaik samada ada diperingkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Lantaran itu, persoalannya bagaimana koperasi sekolah memainkan peranan dalam melahirkan tokoh-tokoh kepimpinan koperasi? Bagaimanakah koperasi sekolah menjalankan aktiviti yang berkesan dan mampu membentuk gaya kepimpinan pelajar?. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh koperasi sekolah. Disusuli dengan menilai keberkesanan koperasi sekolah dalam membentuk gaya kepimpinan pelajar. Metodologi kajian ialah merujuk kepada penyelidikan analisis dokumen kandungan dengan merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang mempunyai hubungan langsung dengan tajuk perbincangan. Dapatan awal menunjukkan bahawa koperasi sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk gaya kepimpinan pelajar dengan menetapkan matlamat, asas dan prinsip yang tertentu di samping mengadakan program yang berkesan dalam menggerakkan aktivitinya

    Similar works