Zon berbahasa Inggeris di kolej kediaman: satu maklum balas

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pandangan para pelajar mengenai program 'English Speaking Zone' (ESZ) atau Zon Berbahasa Inggeris yang pernah dilancarkan di kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti perubahan yang dialami oleh pelajar setelah mengikuti program tersebut. Program ESZ ini diwujudkan sebagai salah satu strategi universiti untuk memperingkat keupayaan pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris di luar konteks bilik darjah. Seramai 241 orang pelajar dari dua buah kolej kediaman di UKM telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati para pelajar memberikan maldumbalas yang positif terhadap program tersebut. Mereka juga bersetuju bahawa program tersebut telah membantu mereka untuk menggunakan Bahasa Inggeris di kolej. Mereka menyatakan bahawa melalui program ini tahap keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga telah rneningkat

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image