research

PERKAHWINAN POLITIK DAN PEWARISAN KEKUASAAN DI AJATAPPARENG, SULAWESI SELATAN

Abstract

Semenjak pertengahan abad ke-15 telah berlaku perkahwinan antara kerajaan di \ud lima kerajaan Bugis yang terangkum dalam Konfederasi Ajatappareng iaitu \ud Sidenreng, Sawitto, Suppa, Rappang dan Alitta. Pada akhir abad ke-15 telah \ud berlaku perkahwinan antara raja di Konfederasi Ajatappareng dengan raja \ud kerajaan di luarnya seperti Soppeng, Wajo, Gowa dan Bone. Perkahwinan antara \ud kerajaan adalah salah satu cara untuk melahirkan generasi yang mempunyai kadar \ud darah kebangsawanan yang murni yang memiliki keturunan Tomanurung. Hal ini \ud kerana hanya mereka yang murni dan berketurunan Tomanurung yang boleh \ud dilantik menjadi raja. Tomanurung ialah tokoh utama yang menubuhkan kerajaan \ud dan menjadi nasab utama dalam pewarisan kekuasaan. Metode yang digunakan \ud dalam kajian ini adalah analisis kandungan terhadap manuskrip tempatan yang \ud disebut ???lontaraq???. Soalan pertama yang akan dijawab dalam kajian ini adalah \ud apakah motivasi daripada perkahwinan politik di Sulawesi Selatan, khasnya di \ud lima kerajaan Bugis yang terangkum dalam Konfederasi Ajatappareng? Soalan \ud kedua yang akan dijawab adalah bagaimanakah pola pewarisan kekuasaan yang \ud berlaku di Konfederasi Ajatappareng? Kajian ini mendapati bahawa raja-raja di \ud Konfederasi Ajatappareng tidak mengikuti pola perkahwinan ideal Bugis iaitu \ud berkahwin dengan saudara rapat. Perkahwinan raja-raja di Konfederasi \ud Ajatappareng adalah bermotivasikan kekuasaan. Oleh itu, para raja berkahwin \ud dengan sama ada raja atau yang murni generasi Tomanurung, kerana hanya \ud mereka yang kadar darah kebangsawanannya tinggi yang boleh dilantik menjadi \ud raja. Selari dengan itu, kajian ini juga mendapati Seramai 52 orang raja di \ud Ajatappareng yang berkahwin dengan bangsawan di luar Ajatappareng. \ud Berkahwin dengan bangsawan Gowa seramai 14 orang, berkahwin dengan \ud bangsawan Soppeng seramai 10 orang, berkahwin dengan bangsawan Bone \ud seramai 8 orang, berkahwin dengan bangsawan Wajo seramai 9 orang, berkahwin \ud dengan bangsawan Balanipa seramai 3 orang, berkahwin dengan bangsawan \ud Barru seramai 2 orang, berkahwin dengan bangsawan Tanete seramai 2 orang, \ud berkahwin dengan bangsawan Sumbwa, Maiwa, Nepo dan Enrekang masing-masing satu orang. Selain itu, kajian ini juga mendapati seramai 55 raja yang \ud menggantikan ayahnya, seramai 25 raja yang menggantikan ibunya, seramai 22 \ud raja yang menggantikan saudaranya, seramai 4 raja yang menggantikan datuk atau \ud neneknya, seramai 2 raja yang menggantikan bapak atau ibu mertua, seramai 4 \ud raja yang menggantikan bapak saudara atau ibu saudara, seramai 4 raja yang \ud menggantikan suami atau isterinya dan satu raja yang menggantikan anakny

    Similar works