Negeri Melayu Pahang tidak dijajah: satu analisis dokumen perundangan sehingga triti 1948 = The Malay State of Pahang was not colonized: an analysis of legal documents until the treaty of 1948

Abstract

Pahang secara berasingan menandatangani triti untuk membentuk kerajaan sementara di Tanah Melayu pada tahun 1948. Sejarah Tanah Melayu seperti dipersembahkan dalam sistem pendidikan negara tidak mencerminkan fakta mengenai kedudukan Negeri Melayu termasuk Pahang yang diperintah oleh Sultan yang berdaulat. Pandangan popular itu mendakwa bahawa terdapat dua tempoh masa Negeri Melayu dijajah oleh British; pertama, selepas Perjanjian Pangkor 1874, dan kedua, apabila Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946. Untuk tempoh yang panjang, negeri yang dijajah dikumpulkan secara sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang dan dokumen khusus negeri tersebut. Artikel ini menyiasat kedudukan Negeri Melayu Pahang dari tarikh triti pertamanya dengan British sehingga Triti 1948. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan metodologi sejarah undang-undang dan analisis kandungan berdasarkan sumber primer dengan menggunakan Kerangka Negeri Dijajah. Bukti berdasarkan aspek undang-undang adalah yang paling berwibawa untuk menjawab isu sama ada Negeri Melayu Pahang telah dijajah oleh British. Dapatan kajian mengesahkan bahawa kedaulatan Negeri Melayu Pahang terletak pada pemerintahannya mengikut adat Melayu. Triti Pahang 1948 memelihara kedaulatan rajanya dan memperkenalkan satu bentuk perlembagaan moden sekaligus menjadi asas kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, yang kemudiannya Malaysia. ***** Pahang severally and jointly signed a treaty to form an interim government in Malaya in 1948. The history of Malaya, as presented in the country's education system, does not reflect the facts about the position of the Malay State vis. a vis. Pahang, which is ruled by the sovereign Sultan. The popular view claims that there were two periods of time when the Malay States were colonized by the British; first, after the Pangkor Treaty of 1874, and second, when the Malayan Union was introduced on 1 April 1946. For a long period, colonized states were aggregated arbitrarily without relying on legal provisions and documents of the particular states in question. This article investigates the position of the Malay State of Pahang from the date of its first treaty with the British until the Treaty of 1948. This study is qualitative using legal history methodology and content analysis based on premier sources by applying the Colonized State Framework Test. The evidence based on the legal aspect is the most authoritative to answer the issue of whether the Malay State of Pahang was colonized by the British. The findings affirm that the sovereignty of the Malay State of Pahang resides in its ruler according to Malay custom. Pahang Treaty of 1948 preserved the sovereignty of its ruler and introduced a modern form of constitution, hence becoming the foundation for the formation of the Federation of Malaya in 1957, which later Malaysia

    Similar works