Perkembangan larva dan perihalan larva Indothemis carnatica (FABRICIUS, 1798) (INSECTA: ODONATA) dari semenanjung Malaysia

Abstract

Instar terakhir larva Indothemis carnatica (Fabricius 1798) diperihalkan buat kali pertama berdasarkan larva dan eksuvianya. Ini juga merupakan kali pertama larva bagi genus Indothemis diperihalkan. Pada masa yang sama, perkembangan larva I. carnatica turut dikaji. Pembiakan larva bermula dari telur yang dikutip daripada seekor betina yang sedang bertelur di kolam yang terletak di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi, Selangor, Malaysia. Telur segar I. carnatica berwarna kuning dan mempunyai purata kepanjangan 0.48±0.02 mm dan purata lebar 0.36±0.01 mm. Telur mengambil sekurang-kurangnya tujuh hari untuk menetas. Perkembangan larva I. carnatica terdiri daripada 12–13 stadia dan ia mengambil masa 61–64 hari untuk melengkapkannya. Larva I. carnatica berbentuk bujur dan sedikit memanjang dengan kepanjangan badan 16.5 mm. Kehadiran duri pada abdomen larva adalah dalam jumlah kecil. Maklumat perkembangan larva I. carnatica dari proses penetasan telur hingga kemunculan larva adalah penting bagi tujuan pembiakan dan pemuliharaan spesies ini

    Similar works