Kesan transglutaminase kepada ciri fizikokimia dan aktiviti biologi hidrolisat sarang burung walit

Abstract

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa glikoprotein sarang burung walit boleh dihidrolisis dan dipulihkan sebagai hidrolisat sarang burung walit (SBWh) yang boleh dimakan dalam bentuk serbuk. Kajian ini adalah kerja sambungan daripada kajian terdahulu, yang mana pelbagai kepekatan enzim transglutaminase (TG) telah digunakan dalam pembentukan semula bentuk serbuk SBWh menggunakan acuan dan kesannya terhadap sifat fizikokimia dan bioaktiviti SBWh. Proses hidrolisis enzim menunjukkan bahawa sampel SBWh mempunyai hasil pulih lebih daripada 60% dan menunjukkan warna yang lebih terang daripada SBW mentah. Kelarutan SBWh dengan TG lebih rendah tetapi ia boleh dibentuk semula ke bentuk yang diingini. Corak spektrum FTIR untuk sampel SBWh juga menunjukkan bahawa ketulenan glikopeptida SBW yang tinggi telah diperoleh. Untuk aktiviti antioksidan, produk sampingan SBWh (SBWhcp) menunjukkan aktiviti penyingkiran radikal bebas DPPH yang lebih tinggi. Secara ringkasnya, penambahan TG kepada SBWh telah meningkatkan sifat fizikokimia dan bioaktiviti. Penemuan ini menghasilkan wawasan tentang aplikasi dan pembangunan produk EBN menggunakan EBNh dengan TG yang mempunyai bioaktiviti yang tinggi

    Similar works