Aplikasi jual-beli dalam talian berasaskan web awan dengan analisis data (Buy-On-Behalf Service)

Abstract

Pemodenan dan pasca-COVID-19 telah membawa revolusi digital yang signifikan dan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita, terutama dalam bidang pembelian atas talian. Walaupun edagang telah menjadi perkara biasa, terdapat beberapa produk seperti kraf tradisional, kepakaran produk tempatan, dan produk borong yang hanya boleh dibeli dari kedai fizikal. Apabila produkproduk ini dijual dalam talian, perantara sering terlibat untuk mengaut komisen tambahan yang meningkatkan kos secara keseluruhan. Oleh itu, pembeli sering bergantung kepada rakan dan keluarga yang berada di kawasan tersebut untuk mendapatkan produk ini kerana perjalanan ke sana hanya untuk membeli produk adalah tidak praktikal dan mahal. Oleh itu, projek ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna dalam mendapatkan produk yang diingini, terutamanya dari kedai fizikal yang tidak menawarkan perkhidmatan dalam talian. Projek ini adalah penambahbaikan daripada projek yang telah dilaksanakan dan akan dibangunkan sebagai aplikasi web kerana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan Internet yang stabil dan tidak berminat untuk memuat turun aplikasi dalam telefon pintar. Platform ini akan membolehkan pengguna untuk membeli produk melalui individu yang akan membeli barang yang diminta dari kedai fizikal. Selain itu, aplikasi web ini akan diintegrasikan dengan pengkomputeran awan untuk memastikan aksesibiliti dan skalabiliti aplikasi. Dengan mengurangkan jurang antara pembelian dalam talian dan luar talian, projek ini berjanji untuk mengubah pengalaman membeli-belah sambil mencipta peluang baru untuk pembeli dan penjual

    Similar works