Pengetahuan, Amalan Guru Dan Kesan Penggunaan Aktiviti Produksi Teater Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Terhadap Pemikiran Kreatif Murid

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan guru dan amalan dalam melaksanakan aktiviti produksi teater terhadap proses PdP bagi mata pelajaran KMK. Selain itu, untuk mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti produksi teater ini terhadap pemikiran kreatif murid. Seorang guru KMK dan 10 orang murid terlibat dalam penyelidikan ini. Mereka telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di negeri Kedah. Reka bentuk penyelidikan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini bagi menjawab tiga soalan kajian. Ketiga-tiga soalan kajian terdiri daripada (i)Sejauhmanakah penguasaan pengetahuan guru terhadap pelaksanaan aktiviti produksi teater dalam PdP KMK; (ii) sejauhmanakah amalan aktiviti produksi teater yang dilaksanakan dalam proses PdP KMK dan (iii) apakah kesan pelaksanaan aktiviti produksi teater terhadap pemikiran kreatif murid. Bagi menjawab soalan-soalan ini, kajian ini telah menggunakan dua teknik pengumpulan data iaitu temu bual separa berstruktur dan penganalisisan dokumen seperti penulisan jurnal murid, data-data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan tematik kualitatif. Penggunaan analisis tematik kualitatif ini adalah bertujuan untuk menyaring kod dan membina tema yang relevan untuk menjawab soalan kajian

    Similar works