Air pollution and its association with cervical cancer: a scoping review

Abstract

Kanser serviks adalah salah satu kanser wanita yang utama di dunia. Punca kanser serviks adalah 'human papillomavirus' (HPV), namun faktor risiko lain seperti faktor persekitaran turut mempunyai kaitan dengan penyakit ini. Pencemaran udara adalah penyebab utama kematian akibat kanser. Walaupun ia telah lama dikaitkan dengan kanser paru-paru, terdapat kajian-kajian yang telah membuktikan ianya merupakan faktor risiko untuk kanser lain di kalangan manusia, termasuklah kanser serviks. Kajian skop ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meneliti literatur sedia ada yang mengkaji perkaitan antara pencemaran udara dengan perkembangan kanser serviks. Protokol 'Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses extension for Scoping Reviews' (PRISMA-ScR) telah digunakan untuk membimbing kajian ini. Tujuh penerbitan yang membincangkan pencemaran udara dan kaitannya dengan kanser serviks telah dipilih berdasarkan kriteria tertentu. Huraian tentang punca pencemaran udara, jenis bahan pencemar udara, dan kesan pendedahannya terhadap kejadian kanser serviks telah dibincangkan. Beberapa bahan pencemar udara dikaitkan dengan pelbagai kesan pendedahannya yang berhubungkait dengan kanser serviks, termasuklah perkembangan pra-kanser serviks, serta peningkatan dalam kejadian dan kematian kanser serviks. Kajian ini menekankan perkaitan antara pencemar udara yang bertindak sebagai faktor risiko bersama dalam perkembangan kanser serviks. Dengan mengenalpasti bahan pencemar udara yang mempengaruhi perkembangan kanser serviks, kajian ini seterusnya dapat dijadikan panduan untuk penyelidikan berkaitan mekanisma faktor-faktor risiko pencemar udara yang menyebabkan kanser serviks di masa hadapan

    Similar works