Menilai Tahap Kesedaran Murid Terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui dalam Konteks Perubahan Iklim

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan mengukur tahap kesedaran murid dari aspek pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap sumber tenaga baharu selepas mempelajari tajuk sumber tenaga boleh baharu dalam konteks perubahan iklim di SMK Bandar Damai Perdana dan SMK Serian. Permasalahan kajian yang ketara dalam konteks ini ialah masih lagi adanya isu kurang kesedaran dalam kalangan murid terhadap sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu pengetahuan murid terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui terbatas. Dalam konteks ini sikap pelajar terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui masih terhad, oleh itu sebahagian besar penyelidikan ke atas pelajar dijalankan dengan memberi tumpuan kepada topik seperti penjimatan tenaga, kitar semula dan tenaga penjimatan. Penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai cara untuk mendapatkan maklumat. Melalui pendekatan ini, penyelidik akan menggunakan soal selidik sebagai alat utama untuk menjawab persoalan-persoalan dalam kajian. Sampel dalam kajian ini adalah murid menengah rendah iaitu murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 di SMK Bandar Damai Perdana dan SMK Serian. Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk merumuskan data yang telah diperolehi dengan jelas. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menjelaskan data yang dikumpulkan

    Similar works