Pembangunan Bahan Digital Dalam Menangani Masalah Etika, Psikososial & Ketidakseimbangan Media Digital Bagi Sokongan Keseimbangan Mental Emosi Pelajar

Abstract

Pandemik Covid-19 yang diumumkan oleh WHO bermula pada tahun 2020 memberi impak yang besar kepada keseluruhan aspek dalam kehidupan masyarakat. Malaysia, sebagai sebahagian daripada komuniti kehidupan global tidak terlepas dari menghadapi pandemik yang sedang melanda masyarakat di dunia. Keadaan ini mendorong kerajaan untuk melaksanakan perlaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana kesemua aktiviti sosial, perhimpunan, perayaan, pendidikan, sukan, hiburan, perniagaan dan sebagainya di seluruh negara ditutup serta merta. Sungguhpun demikian, perlaksanaan PKP telah menjejaskan pelbagai aspek segenap kehidupan masyarakat di Malaysia terutamanya pelajar. Statistik juga menunjukkan bahawa golongan remaja iaitu pelajar merupakan golongan yang terbesar terlibat dalam kes bunuh diri, masalah kesihatan mental dan ketidakseimbangan digital. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan bahan digital untuk memberikan sokongan emosi dan kesejahteraan digital menerusi bahan kandungan digital (video). Reka bentuk kajian ini akan diadaptasi berdasarkan kepada model reka bentuk instruksional PIE (Plan, Implement & Evaluate) yang diasaskan oleh Newby, Stepich, Lehman & Russel (2000). Model ini mempunyai tiga fasa perancangan (Plan), pelaksanaan (Implement) dan penilaian (Evaluation). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima isu yang telah dikenalpasti khusus bagi pelajar UUM iaitu aspek etika digital, sosial digital, peribadi digital, pembelajaran digital dan spiritual digital. Kelima-lima aspek ini memberi kesan secara langsung kepada ketidakseimbangan emosi pelajar. Sehubungan dengan itu, lima video pendek dibangunkan dan disalurkan kepada pelajar untuk memberikan maklumat dan kesedaran dalam menangani masalah ketidakseimbangan emosi menerusi platform media sosial (TikTok). Analisis sentimen menunjukkan paparan views, like dan share yang tinggi terhadap video-video yang dihasilkan. Selaras dengan perkembangan semasa, pembangunan bahan kandungan seperti video pendek amat diperlukan bagi menyebarluaskan maklumat secara interaktif dan segera. Penggunaan video pendek ini mempunyai peluang untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar menerusi media sosial. Memandangkan media sosial merupakan platform yang paling digemari dan tempat kehidupan pelajar dalam dunia digital, penggunaan video adalah amat praktikal dalam menyalurkan maklumat. Cadangan turut diberikan dalam penghasilan dan penggunaan video khususnya dalam menangani masalah etika, psikososial dan ketidakseimbangan digital dalam kalangan pelajar UUM

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image

    Available Versions