Penerimaan, kesediaan serta amalan penjagaan kendiri mahasiswa dalam mendepani pandemik COVID-19 : kajian kes Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pandemik COVID-19 kini menjadi satu bentuk polemik kepada golongan mahasiswa di universiti. Pembukaan semula institut pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar dilaksanakan selepas kerajaan Malaysia mengumumkan peralihan fasa dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP). Sejurus selepas kerajaan mengumumkan kemasukan semula, pelbagai aspek dan langkah kawalan diambil untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Kurang kesedaran dan sikap sambil lewa merupakan cabaran yang tinggi dalam memastikan pematuhan SOP oleh pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan, kesediaan dan amalan pelajar sewaktu berada di kolej kediaman terhadap langkah dan kawalan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah kualitatif melalui pensampelan bertujuan dilaksanakan menggunakan soal selidik yang diedarkan secara dalam talian kepada pelajar di Kolej Tun Hussein Onn sewaktu fasa pertama kemasukan ke UKM. Hasil dapatan menunjukkan pelajar mempunyai tahap kefahaman dan pengetahuan yang rendah terhadap penerimaan, kesediaan dan amalan dengan nilai 1.02 hingga 1.21 terhadap pemakaian pelitup muka dan kawalan SOP. Respon mendapati 98.4% pelajar dapat beradaptasi dengan norma baharu seperti pemakaian pelitup muka. Kesimpulannya, dorongan kepada amalan dan tingkah laku positif bermula dengan asas pengetahuan tentang penularan COVID-19

    Similar works