Kesan pendedahan konsep kepelbagaian budaya terhadap tahap kompetensi dalam kalangan pelajar prasiswazah sains rehabilitasi

Abstract

Kompetensi budaya adalah penting bagi anggota kesihatan profesional dalam menyediakan perawatan dan khidmat yang bersesuaian kepada individu daripada pelbagai latar belakang budaya. Pendidikan yang berstruktur dapat meningkatkan tahap kompetensi budaya dalam kalangan anggota kesihatan profesional. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kompetensi budaya dan perubahannya dalam kalangan pelajar prasiswazah setelah mengikuti kursus elektif Kepelbagai Budaya. Seramai 152 orang pelajar prasiswazah Tahun 3 dari Program Fisioterapi, Audiologi, dan Sains Pertuturan di Universiti Kebangsaan Malaysia telah melengkapkan satu soal selidik yang menilai kompetensi budaya sebelum dan selepas tamat kursus tersebut. Lebih daripada 80% pelajar mempunyai pengalaman bekerjasama dengan individu yang berbeza latar belakang budaya. Tahap kompetensi budaya para pelajar meningkat secara signifikan setelah mengikuti kursus. Kajian ini membuktikan keperluan bimbingan kepada pelajar di peringkat prasiswazah dalam membentuk anggota kesihatan profesional yang kompeten secara menyeluruh dalam menyediakan khidmat kepada pelbagai golongan masyarakat

    Similar works