Meneroka sektor informal dalam pengurusan sisa pepejal: suatu penelitian terhadap golongan pengutip sampah

Abstract

Penglibatan golongan pengutip sampah dalam sektor informal pengurusan sisa pepejal kian mendapat perhatian dunia berikutan sumbangan golongan ini dalam menguruskan sisa pembandaran dengan cekap, berkesan dan lestari. Golongan pengutip sampah merupakan antara pekerja sektor informal yang wujud di kawasan-kawasan bandar. Persoalannya, apakah tanggungjawab mereka dalam sistem pengurusan sisa pepejal sedia ada? dan bagaimanakah pekerja sektor informal ini dapat membantu dalam kelestarian pengurusan sisa pepejal? Dalam meneliti tanggungjawab cabaran dan sumbangan sektor informal dalam pengurusan sisa pepejal, kaedah exploratory literature review digunakan untuk menganalisis dokumen atau kesusasteraan yang berkaitan dengan sektor informal dalam pengurusan sisa pepejal. Dapatan analisis mendapati bahawa sistem pengurusan sisa pepejal sedia ada perlu memberi pertimbangan untuk mengintegrasikan sektor informal ini dalam sistem pengurusan sisa pepejal sedia ada supaya lebih bersifat inklusif dan lestari. Walaupun golongan pengutip sampah ini menghadapi pelbagai diskriminasi dan risiko, usaha dan aktiviti yang dijalankan harus mendapat pengiktirafan sebagai suatu pekerjaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif pekerjaan kepada golongan tersebut. Pembentukan koperasi dalam komuniti pengutip sampah misalnya ini telah terbukti dalam mengurangkan diskriminasi dan eksploitasi terhadap golongan pengutip sampah ini. Oleh itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan, sektor swasta, masyarakat dan pengusaha perniagaan menyokong dan mengiktiraf sumbangan golongan pengutip sampah ini kerana usaha golongan ini telah memberikan impak yang positif ke atas pembangunan lestari, pembasmian kemiskinan dan perlindungan terhadap alam sekitar

    Similar works