Kaitan Antara Perundangan Kuari Dengan Industri Pengkuarian

Abstract

Undang-undang, kaedah-kaedah dan prosedur-prosedur yang dipraktikkan di dalam industri pengkuarian terdapat dalam pelbagai bentuk di mana penguatkuasaan sepenuhnya adalah penting bagi mencapai kecekapan dan operasi yang selamat. Matlamat projek ini adalah untuk mengaitkan operasi di sesebuah kuari dengan perundangan kuari seperti Kaedah-kaedah Kuari Perak 1992, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan perundangan lain yang berkaitan. Antara perkara lain yang dimuatkan adalah berkenaan dengan kesan sebelum dan selepas perundangan kuari dikuatkuasakan. Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai masalah yang timbul daripada perundangan kuari ini dan cadangan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Di akhir disertasi ini merumuskan bahawa perundangan kuari telah banyak membawa kesan positif terhadap industri pengkuarian dan penting dikuatkuasakan bagi menjamin kecekapan dan keselamatan operasi kuari

    Similar works