Merakyatkan Institusi Zakat Menurut Perspektif Maqasid Syariah

Abstract

Institusi zakat merupakan salah satu daripada institusi yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Ia menjadi nadi penggerak kemajuan untuk kelangsungan hidup masyarakat. Justeru, ia perlu berada dekat di hati rakyat. Maka kajian ini bertujuan untuk melihat kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi merakyatkan institusi zakat dari sudut Maqasid Syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menghimpunkan maklumat daripada kitab-kitab turath, kontemporari, kajian ilmiah dan fatwa semasa berkaitan dengan institusi zakat dan Maqasid Syariah. Kesemua maklumat ini akan diteliti bagi mendapatkan gambaran sebenar berkaitan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk merakyatkan institusi zakat daripada perspektif Maqasid Syariah. Hasil kajian menunjukkan Maqasid Syariah boleh menjadi instrumen panduan bagi merakyatkan institusi zakat

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image

    Available Versions

    Last time updated on 10/12/2021