Artikel ini mengkaji proses sebut harga pasaran-pasaran saham di negaranegara rantau APEC dengan mempertimbangkan pengaruh faktor blok perdagangan. Penemuan utama kajian ini ialah: Pertama, faktor-faktor blok perdagangan didapati signifikan dan mempertingkatkan kuasa penjelasan Model Sebut Harga Aset Modal Antarabangsa (International Capital Asset Pricing Model), ICAPM; Kedua, dengan menggunakan APEC sebagai platform, artikel ini menunjukkan bahawa pasaran-pasaran bagi Negara membangun didapati lebih sensitif dengan pasaran dunia; Ketiga, sebut harga bagi blok-blok perdagangan yang lain didapati tidak mempunyai pengaruh yang kuat. Sumbangan artikel ini adalah memberi penerangan baru kenapa pasaranpasaran saham bagi negara-negara membangun tidak berintegrasi sangat dengan pasaran dunia; disebabkan mereka lebih integrasi dengan pasaranpasaran saham di blok perdagangan sendiri.