Idealogi Islamik Pengarang Melalui Drama `Tiang Seri Tegak Berlima` Karya Noordin Hassan

Abstract

ABSTRAK Interpretasi karya Noordin Hassan lazimnya memperlihatkan unsur-unsur keagamaan dan kemasyarakatan dalam menentukan kerangka dalam fitrah manusia. Ironinya, karya Noordin Hassan bersandarkan kepada dua elemen yang mempengaruhi karyanya. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan membincangkan unsur-unsur idealogi Noordin Hassan melalui salah satu karya dramanya berjudul `Tiang Seri Tegak Berlima` (TSTB). Berdasarkan  kajian  lepas,  kajian  mengenai  teater  fitrah  banyak  dilakukan  terhadap  teater  Noordin Hassan selepas munculnya konsep teater fitrah. Justeru, artikel ini membincangkan secara terperinci berkaitan dengan idealogi yang terkandung di dalam naskah drama beliau iaitu Tiang Seri Tegak Berlima. Idealogi yang mencitrakan prinsip fitrah manusia yang beriman dan memiliki sikap positif dalam kehidupan. Kata kunci: Idealogi, Islamik, Noordin Hassan, Drama Tiang Seri Tegak Berlima

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image

    Available Versions