'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pengajaran Tafsir al-Quran dalam kalangan
guru pendidikan Islam. Rekabentuk kajian adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah
tinjauan dalam mengumpul data yang melibatkan 254 orang pelajar tingkatan empat dan 34 orang
guru Pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan 5 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
di Negeri Sabah. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai
dan peratus. Dapatan kajian mencatatkan tahap interpretasi amalan pengajaran tafsir dari aspek
persediaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran berada pada tahap
sederhana tinggi. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, sekolah, institusi-institusi pendidikan yang lain dalam menyusun dan merangka program
yang bersesuaian dengan keperluan guru al-Quran serta dapat membantu guru dalam merancang
pengajaran tafsir al-Quran yang lebih berkesan bagi meningkatkan penghayatan al-Quran dalam
kalangan pelajar