Keusahawanan Sosial dalam Bidang Seni Kreatif di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia

Abstract

Buku “Keusahawanan Sosial Dalam Bidang Seni Kreatif di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia” merupakan buku yang mengetengahkan peranan unit-unit di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia seperti Unit Keusahawanan IPT dan Fakulti Seni Kreatif dalam pembangunan aktiviti keusahawanan sosial diperingkat IPT. Ini juga termasuklah aspek pemerkasaan bidang keusahawanan sosial di IPT, keberkesanan program keusahawanan sosial di IPT, program dan aktiviti keusahawanan sosial di peringkat IPT serta jenis galakan dan sumber sokongan lain yang dibangunkan oleh pihak IPT dengan mengkhususkan kepada pembangunan keusahawanan sosial dalam bidang seni kreatif. Buku ini turut membincangkan beberapa penambahbaikan program keusahawanan dan keusahawanan sosial dalam konteks pembangunan minda keusahawanan sosial dalam kalangan siswazah IPT. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dapat menggunakan buku ini sebagai rujukan untuk mengenal pasti strategi dan pendekatan terbaik untuk menggalakkan dan membudayakan bidang keusahawanan sosial sebagai kerjaya pilihan siswazah selepas tamat pengajian

    Similar works