'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Hari ini, penggunaan perisian grafik digital telah menjadi satu keperluan asas bagi bidang kreatif,
termasuk seni bina. Teknologi digital yang dahulunya digunakan sebagai alatan elektronik untuk
tujuan lakaran yang menggantikan pen dan pensel di masa lalu telah berkembang dengan pesat
menjadi teknologi yang lebih holistik yang menawarkan keupayaan baru termasuk pengeditan
imej berdefinisi tinggi, pemodelan dan simulasi tenaga dan sistem kerjasama secara langsung.
Sehubungan dengan perkembangan teknologi digital dalam industri, Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) telah selama bertahun-tahun membekalkan industri dengan tenaga kerja yang mahir dan
mampu menerapkan teknologi tersebut. Walau bagaimanapun, IPT perlu memastikan bahawa
mereka tidak ketinggalan dari arus terkini industri dan memastikan graduan mereka dilengkapi
dengan kemahiran terbaru, khususnya dalam aplikasi teknologi digital. Makalah ini bertujuan
untuk meneroka persepsi pelajar mengenai pengajaran perisian grafik digital dalam program
Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM). Instrumen utama yang
digunakan oleh pasukan penyelidik untuk mengumpul data primer adalah dengan kaedah
tinjauan, yang dijalankan pada 31 pelajar tahun akhir