'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Efikasi kendiri ialah sistem kepercayaan yang berfungsi untuk mengawal diri seseorang
individu dari aspek pemikiran, perasaan, motivasi dan tingkah laku. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru Sekolah Dalam Hospital di Malaysia yang
melibatkan seramai 82 orang guru Sekolah Dalam Hospital (SDH) dari 15 buah SDH di
Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Instrumen
kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang melibatkan dua bahagian iaitu
Bahagian A (Demografi Guru) dan Bahagian B (Efikasi Kendiri Guru) yang telah diadaptasi
daripada Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannen-Moran & Woolfolk
(2001). Dapatan data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis menggunakan Statistical
Package for Social Science versi 22.0 (SPSS 22.0) yang melibatkan statistik deskriptif (min
dan frekuensi). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap efikasi kendiri guru SDH adalah
berada pada tahap tinggi. Hasil daripada kajian ini memberi gambaran bahawa guru SDH
mempunyai efikasi kendiri yang tinggi untuk mendidik murid bermasalah kesihatan. Analisis
mendapati bahawa dimensi Pengurusan Bilik Darjah mempunyai nilai min yang paling tinggi
(min= 4.45) dengan pernyataan item bahawa guru SDH bersedia untuk menyediakan aktiviti
pembelajaran yang sesuai untuk murid yang terdiri daripada pelbagai masalah kesihatan
berdasarkan keupayaan murid