Pencirian permukaan kakisan keluli karbon dengan kehadiran konsortium bakteria penurun sulfat dalam persekitaran bergas CO2

Abstract

Tingkah laku kakisan keluli karbon API 5L X65 dengan kehadiran bakteria penurun sulfat (SRB) dalam persekitaran CO2 adalah dikaji. Uji kaji yang dijalankan bagi meneliti tingkah laku kakisan adalah ujian kehilangan berat dan analisis permukaan. Spesimen keluli karbon didedahkan kepada medium kawalan (tanpa konsortium bakteria) dan dengan kehadiran konsortium SRB selama 10 hari dalam aliran gas CO2 yang berterusan. Biofilem, produk kakisan dan kedalaman lubang yang terhasil dicirikan dengan mikroskopi elektron imbasan pancaran medan (FESEM), spektroskopi tenaga serakan (EDS), mikroskop fokus tak terhingga (IFM) dan belauan sinar-x (XRD). Keputusan daripada ujian kehilangan berat mengesahkan bahawa spesimen dalam keadaan kawalan membentuk kakisan seragam. Manakala analisis IFM membuktikan bahawa sampel dengan kehadiran konsortium SRB menggalakkan penghasilan kakisan setempat. Hal ini merujuk kepada nilai kadar penembusan liang yang lebih tinggi daripada kadar kakisan seragam dengan kehadiran konsortium SRB. Penelitian menerusi FESEM-EDS membuktikan kehadiran sulfur pada spesimen logam yang terdedah kepada SRB dalam persekitaran CO2 yang menyokong pembentukan lapisan FeS. Seterusnya, pencirian XRD mengesahkan pembentukan Fe3 C dan FeS dalam sampel yang terdedah kepada SRB

    Similar works