research

Pembangunan portal pendidikan teknik dan vokasional: satu kajian awal di kalangan Pelajar Sarjana PTV Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah keperJuan pelajar terhadap portal Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Sebuah portal PTV dibangunkan dalam kajian berasaskan produk ini. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional, semester 3. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 10. Pada peringkat awal projek ini, keperluan pelajar terhadap portal PTV dikenal pasti. Selepas itu, ciri-ciri yang perlu dibangunkan dalam portal PTV dikenal pasti dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Satu portal PTV dibangunkan berdasarkan dapatan kajian tersebut. Pada peringkat akhir projek ini, penilaian dilakukan ke atas portal PTV yang telah dibangunkan. Tujuan penilaian ini adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah portal PTV ini memenuhi keperluan pelajar. Daripada dapatan kajian didapati portal PTV amat diperlukan oleh pelajar. Selain daripada itu, daripada dapatan kajian, portal PTV yang telah dibangunkan ini beryaya memenuhi keperluan pelajar. Cadangan untuk memperbaiki portal PTV yang telah dibangunkan ini diberi oleh responden. Kajian lanjutan patut dilakukan ke atas portal PTV yang telah dibangunkan bagi memperbaiki serta memumikan konsep reka bentuk dan pengurusan maklumat

    Similar works