Simposium Kebudayaan Indonesia- Malaysia Ke -11 Bandung, Indonesia 10-12 November 2009

Abstract

Kesihatan persekitaran yang merangkumi pelbagai faktor, perkara dan keadaan alam sekitar sekeliling manusia mampu mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan manusia. Keadaan alam sekitar juga boleh mempengaruhi kerintangan manusia terhadap penyakit. Faktor-faktor alam sekitar tersebut terrnasuklah persekitaran tempat tinggal, geografi, cuaca dan musim, kesesakan, kebersihan dan kualiti serta gaya hidup sesuatu komuniti. Kerapkali timbul persoalan yang cuba mengaitkan pencemaran alam sekitar dengan kesejahteraan kesihatan, misalnya, adakah pendedahan kepada pencemaran/sinaran radioaktif pada aras tertentu boleh menyebabkan risiko berlakunya kanser, adakah pendedahan ibu hamil kepada racun perosak meninggikan risiko kecacatan semasa kelahiran atau adakah masyarakat yang tinggal berdekatan dengan stesen janakuasa elektrik yang tinggi voltannya mengalami sebarang kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka panjang? (Easterly 1981

    Similar works