slides

Kaedah pengajaran kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan di politeknik Malaysia

Abstract

Kemahiran insaniah merupakan antara kemahiran yang diperlukan bagi memastikan graduan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Kebanyakan graduan kejuruteraan mahir dalam kemahiran teknikal namun kurang penguasaan dalam kemahiran insaniah. Kekurangan ilmu pengetahuan yang releven dalam kalangan pensyarah untuk mengenal pasti kaedah dan cara yang bersesuaian dalam proses p&p menjadi salah satu punca kurangnya kemahiran insaniah diaplikasikan, Kajian ini bertujuan mengena1 pasti kesan kaedah pengajaran terhadap pengaplikasian kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan bagi pelajar kejuruteraan di politeknik Malaysia. 488 orang pelajar dan 332 orang pensyarah bidang kejuruteraan di PSP, POLIMAS, PSMZA, PKK, PKM dan PSIS telah disoal rnenggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian mendapati tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan di politeknik berada di tahap sederhana dan kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah yang paling kerap diaplikasikan oleh pelajar. Penggunaan kaedah p&p bagi mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam program kejuruteraan adalah berbeza-beza mengikut elemen kemahiran insaniah. Pengkaji mendapati kaedah projek berkesan bagi pengaplikasian kemahiran 'kepimpinan, pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat, kemahiran berpasukan dan kemahiran keusahawanan. Kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berpasukan dapat diaplikasikan oleh pelajar secara efektif apabila pensyarah menggunakan kaedah amali manakala kemahiran komunikasi dapat diaplikasiakan melalui kaedah syarahan. Kajian ini turut mendapati kaedah lawatan berkesan bagi mengaplikasikan etika moral dan profesional dalam kalangan pelajar. Pengkaji juga mendapati terdapat hubungan antara tahap pengaplikasian elemen kemahiran insaniah dengan kaedah P&P yang digunakan oleh pensyarah. Berdasarkan hubungan tersebut, pengkaji telah menghasilkan model SoSTeM sebagai model aplikasi kemahiran insaniah untuk pelajar kejuruteraan

    Similar works