Tinjauan awal terhadap penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah di Malaysia

Abstract

Disiplin ilmu perbandingan agama adalah disiplin ilmu yang semakin berkembang di serata dunia. Umumnya, ilmu perbandingan agama lebih banyak diaplikasikan dalam bentuk akademik dan ilmiah seperti pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun, apabila menyebut penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah, sebahagian rakyat Malaysia masih keliru dan meragui akan relevannya ilmu perbandingan agama untuk dakwah. Maka, objektif kajian adalah untuk meneliti secara naratif penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah di Malaysia. Metodologi kajian adalah kualitatif yang bersifat naratif. Hasil kajian mendapati bahawa kehadiran tokoh pendakwah dalam ilmu perbandingan agama di Malaysia meningkatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan perbandingan dalam berdakwah. Implikasi kajian dapat dilihat daripada berlakunya perkembangan dalam penggunaan ilmu perbandingan agama dalam dakwah di Malaysia

    Similar works