Penilaian pelaksanaan kurikulum bahasa Tamil di sekolah kebangsaan

Abstract

Di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil adalah satu mata pelajaran elektif yang menjadi pilihan murid-murid untuk dipelajari dan bukanlah mata pelajaran penilaian seperti bahasa Melayu di peringkat UPSR. Justeru penilaian BT di SK hanya boleh dibuat menerusi peperiksaan yang diadakan pada peringkat sekolah atau digelar pentaksiran berasaskan sekolah. Oleh itu, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK) berdasarkan tiga dimensi, iaitu input, proses dan produk. Seramai 93 murid daripada enam buah Sekolah Kebangsaan di daerah Gombak, Selangor yang menjalani program BTSK telah terlibat dalam kajian. Soal selidik dan ujian telah digunakan sebagai instrumen. Dimensi penilaian input menunjukkan aspek kesesuaian buku teks diberi penilaian tahap tinggi, dimensi penilaian proses menunjukkan aspek pengajaran guru diberi penilaian tahap tinggi, manakala dimensi penilaian produk menunjukkan tahap pencapaian murid adalah berada pada tahap yang sederhana dan memuaskan. Didapati juga bahawa faktor jantina, pendapatan keluarga dan penggunaan bahasa murid-murid di rumah didapati tidak mempengaruhi tahap pencapaian Bahasa Tamil murid-murid kajian. Dapatan mengimplikasikan bahawa buku teks BTSK boleh ditambah baik dengan merujuk kepada kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari dan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menyelitkan elemen-elemen Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) bagi memudahkan murid-murid menguasai kemahiran bahasa secara optimum. Dicadangkan program BTSK ini diteruskan kerana ianya berpotensi untuk mencapai matlamat kurikulum secara optimum

    Similar works