'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai ciri fizikokimia gam bendi yang diekstrak pada suhu 25, 40, 60 dan 80 ℃. Ekstrak gam bendi kemudiannya dianalisis bagi penentuan pH, warna, kapasiti pengikat air, reologi dan kandungan fenol jumlah (TPC). Aktiviti antioksidan iaitu pemerangkapan radikal bebas 2,2-diferil-1-pikrihidrazil (DPPH) serta kuasa antioksidan penurunan ferik (FRAP) turut dijalankan. Hasil berat kering gam bendi menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) pada suhu pengekstrakan 25 ℃ dan 40 ℃. pH ekstrak gam bendi adalah hampir neutral (pH 6.69-6.75) pada suhu pengekstrakan 25 ℃ hingga 80 ℃, mempunyai warna yang cerah dan kuning kehijauan. Kapasiti pengikat air gam bendi yang diekstrak pada 25 ℃ dan 40 ℃ didapati lebih tinggi secara signifikan (p0.05). Kesimpulannya, peningkatan suhu pengekstrakan dapat meningkatkan hasil esktrak tetapi memberi kesan pengurangan kapasiti pengikat air serta kelikatan ketara ekstrak gam yang terhasil. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti objektif akhir penggunaan gam bendi bagi membolehkannya diekstrak menggunakan suhu yang paling sesuai dengan potensi penggunaannya