KESELARASAN PERSONALITI–PERSEKITARAN PENDIDIKAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara jenis personaliti dengan persekitaran akademik pelajar di kalangan pelajar bidang Pengurusan sebuah universiti di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau sama ada pola personaliti pelajar-pelajar mengkhusus ke dalam bidang pengajian yang diikuti, dan adakah wujud keselarasan pola personaliti–persekitaran pendidikan dengan pencapaian akademik PNGK. Alat kajian Self-Directed Search–Form Easy (Holland, 1973) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diuji reliabilitinya oleh Amla Salleh (1992) telah digunakan untuk mengenalpasti kod personaliti pelajar. Kajian mendapati tidak terdapat hubungan antara pola personaliti–persekitaran pendidikan dengan pencapaian akademik pelajar. Impilikasi dan cadangan pendekatan pertolongan memilih bidang pengkhususan yang sesuai dibincangkan

    Similar works